Takrifan Wilayah tanggungan mahkota

"Mahkota" ditakrifkan secara berbeza bagi setiap wilayah tanggungan mahkota. Di Jersey, penyataan kedudukan perlembagaan abad ke-21 oleh Pegawai Undang-undang Mahkota mentakrifkannya sebagai "Mahkota dengan hak Jersey",[6] dengan kesemua tanah Mahkota di Bailiwick Jersey merupakan milik kepada Mahkota dengan hak Jersey dan bukannya Estet Mahkota United Kingdom.[7] Perundangan Pulau Man mentakrifkan "Mahkota dengan hak Pulau Man" sebagai berasingan daripada "Mahkota dengan hak United Kingdom".[8] Di Guernsey, perundangan merujuk "Mahkota dengan hak Bailiwick",[9] dan Pegawai Undang-undang Mahkota Guernsey mengemukakan bahawa "Mahkota dalam konteks ini biasanya bermaksud Mahkota dengan hak republik Bailiwick Guernsey"[10] dan ini merangkumi "institusi-institusi kerajaan dan sivik kolektif, ditubuhkan oleh dan di bawah bidang kuasa Monarki, untuk tadbir urus Pulau-pulau ini, termasuklah Negeri Guernsey dan badan perundangan di Pulau-pulau lain, Mahkamah Diraja dan mahkamah lain, Leftenan Gabenor, pihak berkuasa kariah dan Mahkota bertindak dan melalui Majlis Privi."[11] Konsep perlembagaan ini juga dikatakan sebagai "Mahkota dengan hak Bailiwick Guernsey".